SAYU !! Gambar Terakhir Arwah Yus Jambu 2 Jam Sebelum Meninggal Dunia (5 Gambar) - Al Fatihah



SAYU !! Gambar Terakhir Arwah Yus Jambu 2 Jam Sebelum Meninggal Dunia (5 Gambar) - Al Fatihah

Foto terakhir 2 jam sebelum Pak Yus pergi dijemput ilahi, foto ini di kongsi oleh peminat Allahyarham semasa bersama-sama Pak Yus di Program Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi.
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.








“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Jenazah Allahyarham Pak Yus akan dimandikan. kafan dan solat di Hospital Selayang sebelum dibawa pulang ke negeri kelahiran nya Perlis untuk di semadikan.


Sumber: Instagram Tauke Jambu , Jihan Muse

Related Posts:

Rumah penyanyi Mawi

Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.

Bercakap kepada Harian Metro, Mawi menjelaskan, “kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun, Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit - Darahidung.



Related Posts:

Bapak Mewah Giler! Tabik Spring...Korang jangan terkejut lihat 3 foto rumah banglo milik Mawi dan Ekin ini



Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.


Sampai macam tu sekali boleh nampak? Memang dahsyat dan luar biasa. Apapun, mari saksikan 3 keping gambar rumah banglo mewah Mawi dan Ekin kat SINI.


Related Posts:

20 tahun kahwin, tak sedar mengandung. Tahu² terus beranak !

Ini berlaku pada bekas pengasuh anak saya. Cek Nor, 20 tahun kahwin takdak anak. Ambil upah jaga anak orang sampai besar² yang dijaganya. Orang yang sangat ramah dan penyayang. Dia...




*Gambar di atas sekadar hiasan

20 tahun kahwin, tak sedar mengandung. Tahu² terus beranak !

Tak sedar mengandung.

Kuasa Allah.

Ini berlaku pada bekas pengasuh anak saya. Cek Nor, 20 tahun kahwin takdak anak. Ambil upah jaga anak orang sampai besar² yang dijaganya. Orang yang sangat ramah dan penyayang. Dia berbadan besar. Tahu² pada pagi tu, dia rasa tak sedap perut. Pagi ke hospital, tahu² petang tu beranak !. Allahuakbar !. Langsung tak pegi klinik, tak cek darah atau apa² prosedur sekalipun sebab tak sangka dan tak tahu pun ada isi dalam perut.

20 tahun kahwin. Itulah anak pertama mereka. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan kuasa Allah dan rezekinya yang selama ini mengidamkan anak. Dah rezeki dia, dah tertulis. Hanya doa doa doa dan ikhtiar. Sungguh tak sangka.




Dia pun idam anak perempuan, dan Allah makbulkannya, dapat anak perempuan. Comel lagi. Esok nak pegi ziarah.

Kepada pasangan yang belum dapat zuriat, bersabarlah dan ikhtiarlah. Jangan putus asa. Mengadulah pada Allah apa² sekalipun.

Bagi saya inilah keajaiban dan kebesaran Ar-Rahman Ar-Rahim…Yakinlah sungguh²…Dia saja yang berkehendak atas segala sesuatu.

Suka mak dia…4kg anak dia…

Related Posts:

DIANA DANIELLE KONGSI GAMBAR SEBAGAI ARTIS PERTAMA BERSALIN DALAM AIR


Tanggal 19 November lepas merupakan deti yang cukup bermakna buat Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.

Diana Danielle Artis Pertama Bersalin Dalam Air

Untuk pengetahuan anda, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 24, merupakan artis Malaysia pertama yang melahirkan anak dengan menggunakan teknik yang semakin popular dalam kalangan ibu di Malaysia itu.


Bersalin di dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran dimana ia memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah di amalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah.

Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini sudah berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.

Related Posts:

Sekitar Majlis Perkahwinan Maria Farida Yg MELETOP ! PERGHHH !namun ada sesuatu yg aned di majlis maria.maklumla dikatakan sebagai perampas laki kawan baik. Tengok Siapa Datang Tu !


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita tidak dimamah usia, Maria Farida kerana telah selamat diijabkabul bersama Datuk Rahman yang juga merupakan kawan karibnya.


Perkara itu telah dikongsikan oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagramnya dan diikuti dengan ucapan tahniah daripada peminat pelakon wanita berkenaan. Selain itu, ada juga rakan selebriti lain yang turut hadir dalam majlis tersebut.


Semoga perkahwinan Maria Farida dan juga suami akan kekal bahagia dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Lebih-lebih lagi anak-anak Datuk Rahman sendiri sememangnya sudah selesa dan dapat menerima Maria sebagai ibu baru mereka.










Related Posts:

Emma Maembong Mengandung Anak Luar Nikah?

Emma Maembong

Emma Maembong Mengandung Anak Luar Nikah | Pelakon terkenal, Emma Maembong telah disalah anggap oleh pekerja farmasi yang menyangka aktres cantik itu sedang mengandung.
“Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia akan mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar pasal hal ini,” katanya.
Tambahnya, dia pergi membeli alat tersebut tetapi belum sempat diterangkan untuk siapa, pekerja farmasi tersebut telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor.
“Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya.
“Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,” ujarnya.

Related Posts:

'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3'




Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30'an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.


"Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?" soalnya.


"Puan bercerai talak berapa?"


"Talak tiga," katanya sambil menangis teresak-esak.


"Allah!" spontan keluar mulut aku.


Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.


"Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama," jelasnya.


Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.


"Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?" soal aku.


"Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia 'aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga'. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya," katanya.


Aku hanya kata, "Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,".


Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah. - Abdul Razak Nordin.


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Related Posts:

FUH! Tak sangka begini rumah Zizan Razak di kampung sejak putus cinta dengan Emma Maembong, tercengang kami dibuatnya....

Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....





Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.


Sumber: Beritapsiko



Related Posts:

“Selamat datang ke dunia wahai anakku” - Farid Kamil




Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri Diana Danielle dan juga Farid Kamil kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 19 November lalu. Diana dan juga bayi kini berada dalam keadaan sihat.



“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar”
“Selamat datang ke dunia wahai anakku,” kata Farid kepada BH Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp. Selain itu, Farid juga berkongsi cerita bahawa isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.
Sebelum ini, Diana yang menyambut hari lahirnya pada 22 November lalu pernah menyatakan hasratnya untuk mengamalkan pantang secara tradisional kerana perkara tersebut banyak memberikan manfaat kepadanya selepas bersalin.
“Saya dahulu pun bukanlah tidak menjaga pantang tapi saya tak ambil serius. Bila saya dengar pengalaman daripada kawan saya, sebenarnya proses pantang ini banyak faedahnya, sekiranya diamalkan betul-betul,” jelasnya. Apa pun, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan terus dilimpahi bahagia.



Related Posts:

Video Rambut Rosmah Mansur Tersangkut Di Pintu Kereta yang kini Viral dan dikutuk teruk oleh netizen





Video Rambut Rosmah Mansur Tersangkut Di Pintu Kereta | Sebuah video yang menunjukkan rambut isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Rosmah Mansur tersangkut ketika mahu masuk ke dalam kereta pada saat menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pada 20 november yang lepas telah menjadi viral di laman sosial.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kehadiran Barack Obama ke Malaysia hanya mempunyai satu tujuan iaitu mendesak Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA).

“Saya tidak fikir Barrack Obama akan mengubah atau mahukan apa-apa dari Najib Razak. Pada Barack Obama adalah mahu Najib menandatangani TPPA,” katanya.

Related Posts:

Bapak Besarnya Gaji Che Ta! Dah macam bayaran artis hollywood, korang jangan terkejut lihat 3 foto gaji bulanan Che Ta



Bapak Besarnya Gaji Che Ta! Dah macam bayaran artis hollywood, korang jangan terkejut lihat 3 foto gaji bulanan Che Ta2:10


Pelakon popular Rozita Che Wan telah mengakui sebenarnya pendapatan artis amat mewah sekiranya bersungguh-sungguh di dalam kerjaya.Che Ta juga mendedahkan perndapatannya sebulan sebagai pelakon sebelum ini.PENDEDAHAN PENDAPATAN SEBULANTambah pelakon ini juga, pendapatan yang diperolehinya dalam jangka masa sebulan mampu mencecah RM60,000 hanya melalui lakonan sahaja dan tidak termasuk bayaran pengiklanan dan sebagainya.“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu."“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,”




BUKAN MENUNJUK“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,”“Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,”

Related Posts:

BERDAMAI!!! Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal


BERDAMAI!!! Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal

Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop, 33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar, ujarnya ketika dihubungi mStar Online.


Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham, katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam, katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya, katanya.

Related Posts:

Yus Jambu Akhirnya Akan Menamatkan Zaman Bujang. Pasti Anda Terkejut Siapakah Bakal Isterinya

Eh, pelawak Yus Jambu, 38 tahun, dikhabarkan akan berkahwin. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh beliau dimana gadis pilihannya itu merupakan seorang model sambilan dan juga setiausaha ahli korporat.
Mereka mula bertemu apabila Yus berkenalan melalui laman sosial Facebook selama setahun setengah sehingga sekarang.
Perkahwinannya akan berlangsung pada hujung tahun ini jika tiada aral melintang.




gambar shooting bersama Nora Danish

Lihat gambar bakal isteri yus di sini

Related Posts:

Fesyen aneh RAJA ILYA selaku pemenang pelakon pembantu terbaik drama anugerah skrin 2015 dihentam teruk netizen


'Tunjuk perut? Tak ada masalah...'

Dihargai atas usaha titik peluh menjadi pemangkin semangat seseorang. Begitu yang terjadi dalam hidup Raja Ilya.

Pertama kali dicalonkan dalam anugerah dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2015 (ASK2015), Raja Ilya menyifatkan itu permulaan baik buat dirinya untuk terus berada dalam industri lakonan.

“Kalau boleh, kemenangan pertama itu saya tidak mahu ia terhenti di situ sahaja. Saya mahu sentiasa memberi yang terbaik dalam lakonan dan kalau boleh diiktiraf lagi.

“Saya ambil contoh pelakon Fasha Sandha. Bila dia mula popular dan lakonan semakin mantap, dia berterusan memenangi anugerah. Sekali gus, namanya bertahan lama dalam industri.

“Sebaliknya, pada masa kini ramai yang menang anugerah tetapi terus lenyap. Sama ada tidak aktif atau tidak mendapat tawaran bagus,” getusnya yang turut menyenaraikan Lisa Surihani sebagai selebriti yang masih bertahan dalam industri hiburan sehingga kini.

Watak

Sanggup mengetepikan minatnya terhadap sesuatu watak, pelakon berusia 30 tahun itu percaya selera penonton yang menyukainya membawa sesuatu watak itu jauh lebih penting.

“Bagi saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan buat,” ujarnya yang bakal berlakon di samping bintang Bollywood iaitu Kajol menerusi filem KL ke Bollywood.

Filem yang turut dibintangi aktor popular Shaheizy Sam itu mengisahkan tentang Raja Ilya yang membantu Sam untuk berlakon di Bollywood. Ibarat mimpi menjadi nyata, Sam dan Raja Ilya akhirnya dapat bertentang mata dan berlakon bersama bintang kesayangan ramai itu.

“Rasa gementar sangat dapat berlakon dengan Kajol. Saya tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan dia. Tak dapat nak bayangkan buat pertama kali jumpa dengannya. Masakan tidak, sejak dari kecil suka tengok lakonannya. Kami akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan juga Mumbai, India nanti.

“Selain itu, saya dan Sam juga kena bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi lancar dan semula jadi,” ujarnya dengan nada teruja.

Membawakan watak sebagai wanita Punjabi dalam filem itu nanti, Raja Ilya turut memakai sari yang menyerlahkan perutnya.

“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” ujar pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan itu.

Ditipu

Pada masa sama, hatinya ibarat dihiris sembilu tatkala mengenangkan beberapa kali percubaan untuk menembusi pasaran filem Tamil berpengkalan di Tamil Nadu, India, sebelum ini tidak pernah kesampaian.

Bukan apa, Raja Ilya yang fasih berbahasa Tamil dan Urdu itu diberi layanan acuh tak acuh, bahkan turut diambil kesempatan oleh pihak produksi filem Tamil tersebut sehingga membuatkan memori itu masih kekal dalam ingatan hingga kini.

“Saya dapat tawaran berlakon watak polis dalam filem Tamil. Mereka beritahu ada babak antara saya dengan bintang Tamil, Rajinikanth. Pada masa itu, saya memang cukup teruja. Tiba-tiba mereka minta tolong saya carikan sebanyak 20 orang pelakon untuk watak-watak lain. Saya cakap itu bukan kerja saya. Mereka merayu dan meminta saya mencarikannya juga. Saya terima dengan syarat mereka membayar saya tetapi apabila saya minta bayaran mereka mengamuk dan selepas itu terjadinya perbalahan antara kami.

“Pada saya, mereka tidak menghormati artis Malaysia. Mereka tidak melayan saya dengan baik. Situasi di sana sangat berbeza dengan cara kerja orang kita di sini,” luahnya.

Related Posts: